PEMILIHAN PELAMIN TERBAIK UNTUK MAJLIS PERSANDINGAN



Hasil dari pengalaman merakam detik bahagia pasangan-pasangan pengantin yang lain, kami sebagai photographer ada tersedar tentang beberapa kesalahan pengantin dalam memilih pelamin bagi persandingan mereka. Kesalahan di dalam pemilihan pelamin boleh menyebabkan hasil gambar menjadi kurang menarik.

Berikut adalah ciri-ciri pelamin yang terbaik untuk majlis persandingan anda:

· Khemah khas untuk pelamin sahaja / Pelamin di dalam dewan
Bagi pengantin yang mengadakan majlis persandingan di rumah, adalah lebih baik jika pelamin persandingan tersebut diadakan di dalam sebuah khemah khas dan tidak di dalam rumah. Hal ini kerana, ruang khemah di luar yang lebih terbuka akan lebih selesa dan memberi banyak ruang untuk para tetamu melihat dan bergambar dengan pengantin.

· Lebar dan tinggi latar pelamin yang sesuai
Pemilihan pelamin yang lebar dan tinggi memudahkan penyusunan gambar bagi ahli keluarga dan rakan-rakan yang ramai dan hasil gambar dari pelamin tersebut akan kelihatan lebih kemas dan menarik.

· Ruang di depan pelamin yang luas
Penyediaan ruang yang luas di hadapan pelamin amatlah penting bagi sesi photography dijalankan. Ini adalah kerana photographer memerlukan jarak yang sesuai untuk menangkap gambar keseluruhan pelamin dan juga gambar keseluruhan ahli keluarga dan tetamu yang bergambar dengan pengantin. 

· Pemilihan warna yang bersesuaian dengan baju pengantin
Warna pelamin yang bersesuaian haruslah kontra dengan warna baju pengantin. Hal ini penting bagi menyerlahkan lagi pengantin semasa duduk di atas pelamin dan menstabilkkan warna diantara pelamin dan pengantin.

· Penyusunan bunga
Penyusunan yang terlalu padat menjadikan ruang pelamin menjadi kecil dan menyukarkan sesi pengambaran bersama ahli keluarga atau tetamu yang ramai yang ingin bergambar dengan pasangan pengantin.

· Pencahayaan
Pencahayaan adalah perkara yang paling penting di dalam pemilihan pelamin. Pemilihan warna pada lampu hiasan di pelamin juga memberi kesan kepada hasil gambar pengantin.

Selepas dari perkongsian pendapat ini, Admin berharap post ini dapat membuka sedikit pandangan anda semua tentang hasil nilai seseorang photographer. Yang mana yang masih tidak memikirkan keperluan photographer, bolehlah berfikir semula dan meniitik beratkan keperluan photographer di majlis anda.

Jika anda telah membuat keputusan dan masih belum menjumpai atau mempunyai photographer, boleh hubungi kami untuk tempahan. Kami cuma akan berikan gambar yang terbaik serta berkualiti tinggi sahaja kepada pelanggan kami. Hubungi kami sekarang!

Hubungi kami di :
Whatsapp - http://ssppack.wasap.my/ Video - https://vimeo.com/sspofficial Instagram - @ssphotom

Jangan lupa Follow Facebook : smartshoot.my untuk dapatkan pakej-pakej perkahwinan dengan harga berbaloi-baloi!

Comments