PENTINGKAH PHOTOGRAPHER UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN?

Photographer perkahwinan seringkali menjadi pilihan atau perkara terakhir semasa bakal-bakal pengantin menguruskan majlis perkahwinan mereka. Oleh itu, banyak bajet yang telah digunakan sehingga mereka meletakkan bajet paling rendah untuk mengupah khidmat photographer. Ada juga yang menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan photographer untuk majlis mereka. Tapi benarkah begitu?



Berikut adalah antara sebab-sebab mengapa anda memerlukan perkhidmatan photographer untuk majlis perkahwinan anda :

·         Kesemua ahli keluarga sibuk melayan tetamu – Ada keluarga yang merasakan bahawa mereka boleh menggunakan khidmat ahli keluarga mereka sahaja. Namun apa yang mereka seringkali terlupa, ahli keluarga mereka juga mungkin akan sibuk melayan tetamu mereka dan komitmen yang diberikan untuk bertugas tidak sama seperti seorang ahli photographer professional.

·         Tiada kenangan hari bahagia, Merakam detik berharga – Majlis perkahwinan hanya berlaku sekali seumur hidup. Moment yang berlaku hanya akan dapat dirasai sekali sahaja. Amatlah sayang jika detik berharga tersebut tidak diabadikan atau disimpan untuk tatapan masa tua.

·         Pelamin khas dan Baju pengantin yang hanya digunakan sekali – setelah berbulan menghabiskan masa berfikir, berhabis duit untuk memilih tema untuk pelamin, pakaian dan dekorasi dewan, takkan tak nak simpan usaha tersebut di dalam suatu memorikan? Sayang jika pelamin dah cantik. Tapi disebabkan gambar pelamin diambil dengan hanya menggunakan handphone, kecantikkan pelamin tersebut tidak terserlah sama seperti harganya. Kan dah rasa rugi? Walaupun pelamin yang digunakan tidak mahal, namun hasil gambar yang cantik pasti akan membuatkan anda berpuas hati.

·         Rakan-rakan dan keluarga jauh – Majlis perkahwinan adalah salah satu majlis yang menjadi alasan yang paling sesuai untuk sesebuah pertemuan semula. Ramai ahli keluarga yang datang dari jauh dan rakan-rakan yang telah lama tidak berjumpa berkumpul untuk meraikan majlis anda. Jadi amatlah penting moment pertemuan ini untuk disimpan sebagai kenangan.

·         Kamera handphone / Kamera professional – Ada orang yang menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan photographer kerana mereka telah mempunyai handphone yang lebih canggih dan mempunyai hasil gambar yang cantik. Namun mereka perlu melihat perbezaan diantara hasil gambar kedua gadjet ini. Kamera pada handphone tidak dapat memberikan hasil gambar yang cantik bagi gambar di dalam kawasan tertutup. Malahan, gambar perkahwinan juga akan mencecah ratusan malah ribuan gambar. Bersediakan anda untuk menyediakan ruang khas sebanyak itu hanya untuk gambar perkahwinan anda?

Selepas dari perkongsian pendapat ini,  Admin berharap post ini dapat membuka sedikit pandangan anda semua tentang hasil nilai seseorang photographer. Yang mana yang masih tidak memikirkan keperluan photographer, bolehlah berfikir semula dan meniitik beratkan keperluan photographer di majlis anda.

Jika anda telah membuat keputusan dan masih belum menjumpai atau mempunyai photographer, boleh hubungi kami untuk tempahan. Kami cuma akan berikan gambar yang terbaik serta berkualiti tinggi sahaja kepada pelanggan kami. Hubungi kami sekarang!

Hubungi kami di :
Whatsapp - http://ssppack.wasap.my/
Video - https://vimeo.com/sspofficial
Instagram - @ssphotom
Jangan lupa Follow Facebook : smartshoot.my untuk dapatkan pakej-pakej perkahwinan dengan harga berbaloi-baloi!

#ssphotom #photographer #videographer #wedding #music#majlisperkahwinan #nikah #sanding #tandang #engagement#prewedding #postwedding #weddingphotographermurah#jurugambarperkahwinanmurah #kualalumpur #selangor #melaka#muar #seremban

Comments