PERLU ATAU TIDAK BRIDESMAID UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN?



Telah menjadi sebuah trend bagi pasangan sekarang untuk mempunyai bridesmaid pada majlis perkahwinan mereka. Adat ini diambil dari perkahwinan orang barat dimana bridesmaid adalah pembantu kepada pasangan pengantin bagi melancarkan majlis perkahwinan mereka. Tetapi, adakah bridesmaid di Malaysia melakukan tugas yang sama?

Kebiasaannya, kebanyakan bridesmaid beranggapan bahawa mereka hanya perlu hadir, melawa dan hanya berfungsi untuk sesi photoshoot. Namun tidak kurang juga kepada bridesmaid yang betul-betul membantu pihak pengantin menguruskan majlis. Jadi apa tugas sebenar bridesmaid ni?

Berikut adalah tugas-tugas bridesmaid yang mungkin dapat membantu pasangan pengantin dalam membuat keputusan sama ada perlu atau tidak mereka mempunyai bridesmaid di majlis mereka dan siapakah yang sesuai untuk menjadi calon bridesmaid mereka.


1- Bridesmaid WAJIB mengenal ahli keluarga pasangan pengantin.
Kebiasaannya ahli keluarga pengantin akan sibuk melayan tetamu semasa majlis dijalankan. Oleh itu, bridesmaid perlu mengenal setiap ahli keluarga supaya dapat membantu tetamu mencari mereka dan juga membantu memanggil mereka semasa sesi gambar keluarga dijalankan.


2- Menjaga Handphone peribadi pasangan pengantin.
Pada hari majlis, handphone pasangan pengantin pasti akan dipenuhi dengan notifikasi dan panggilan dari rakan-rakan mereka. Pengantin yang didalam keadaan sibuk untuk bersiap serta melayan tetamu yang hadir pasti tidak akan sempat untuk mengurus pertanyaan dan ucapan tersebut. Oleh itu, amatlah lebih baik jika pengantin memberikan tugas kepada salah seorang bridesmaid yang dipercayainya untuk mengurus handphone peribadinya bagi memudahkan urusan dan juga membantu update live di social media.


3- Mengingatkan segala perkara penting bagi majlis pengantin.
Pihak pengantin biasanya akan membuat senarai bagi perkara penting yang diperlukan untuk setiap sesi terutama semasa sesi pernikahan. Namun didalam kerunsingan kepada perkara-perkara majlis yang lain, mereka sering terlepas pandang dengan perkara tersebut. Disinilah pentingnya tugas salah seorang bridesmaid bagi memastikan kelancaran majlis tersebut. Bridesmaid tersebut perlu memastikan penyediaan majlis dan juga perkara penting semasa sesi pernikahan terutamanya seperti dokumen, cincin dan IC lengkap sebelum majlis.


4- Menjaga makeup pengantin.
Amatlah penting untuk pengantin kelihatan cantik dan kemas sepanjang majlis berlangsung. Terutama jika majlis bermula dari pagi untuk sesi pernikahan dan disambung pula ke majlis persandingan pada sesi petang. Makeup pengantin pasti akan terganggu dan comot jika tidak dijaga dengan baik. Justeru, bridesmaid ataupun khasnya pengapit perlu memastikan untuk mereka sentiasa membawa tisu atau kipas dan juga bedak compact untuk membaiki makeup sekiranya makeup cair.


5- Membantu menangkap gambar tetamu menggunakan Handphone.
Ini adalah tugas yang seringkali terlepas pandang bagi pihak pengantin mahupun bridesmaid. Mereka menyangka bahawa tugas photographer adalah untuk mengambil gambar mereka serta tetamu menggunakan kamera photographer dan juga kamera mereka. Kebanyakkan photographer melakukan sahaja kerana ingin membantu melancarkan majlis. Namun tanpa sedar, para tetamu sebenarnya telah mengganggu tugas photographer tersebut bagi mendapatkan gambar terbaik bagi pengantin. Oleh itu, adalah lebih baik jika salah seorang bridesmaid dapat membantu tetamu bagi mengambil gambar mereka menggunakan handphone mereka.


6- Membantu pengantin mendapatkan shot terbaik.
Tugas seterusnya ini bukanlah bermaksud menggantikan tugas photographer namun lebih tepat lagi adalah memastikan pengantin sentiasa selesa dan cantik di dalam semua gambar. Gambar highlight pengantin adalah semasa mereka mengadakan sesi outdoor. Bridesmaid yang bertugas boleh membantu pengantin untuk membetulkan tudung, mengangkat kain baju pengantin sekiranya baju tersebut meleret dan membawa barang yang seringkali terlepas pandang oleh pihak pengantin iaitu, bunga, air, selipar untuk keselesaan, payung dan juga beg tangan pengantin.


7- Mengangkat dulang, Menjaga baju pengantin dan menarikkan kerusi di meja beradab.
Tugas utama para bridesmaid juga adalah mengangkkat dulang, menjaga baju pengantin sekiranya baju pengantin meleret sehingga menyukarkan perjalanan perarakan pengantin dan juga menarikkan kerusi pengantin semasa makan beradab sebagai layanan istimewa mereka sebagai raja sehari.


8- Membantu tugas-tugas lain seperti memberi goodies, menerima dan menyusun hadiah dan menjaga barang bagi ahli keluarga pengantin.
Selain menguruskan pengantin sendiri, bridesmaid juga boleh membantu pihak keluarga pengantin bagi melancarkan perjalanan majlis.


9- Menambah seri pada gambar pengantin
Setelah membantu mempermudahkan urusan majlis, pengantin pula perlu memberi peluang dan bergambar dengan bridesmaid mereka sebagai tanda penghargaan dan tanda berterima kasih atas bantuan yang diberi. Penghargaan yang diberi pasti menambah seri pada koleksi gambar pengantin untuk diabadikan dan menjadi tontonan pada masa akan datang. Untuk gambar yang lebih indah dan berharga, anda boleh mengupah Smart Shoot Photography sebagai photographer majlis perkahwinan anda.


Jangan lupa Follow Facebook : Smart Shoot Photography untuk dapatkan pakej-pakej perkahwinan dengan harga berbaloi-baloi!

Comments