ADAB SEMASA MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN YANG RAMAI TERLEPAS PANDANG


Hampir setiap minggu suasana di Malaysia pasti akan ada Majlis Perkahwinan yang berlangsung sehinggakan kita seringkali menganggap bahawa kehadiran ke majlis tersebut hanyalah untuk memeriahkan suasana. Namun, tanpa kita sedar, majlis tersebut adalah majlis yang sangat penting dan bermakna kepada tuan rumah dan kebiasaaannya hanya akan berlaku sekali seumur hidup mereka. Berikut adalah beberapa perkara yang kita sering terlepas pandang semasa menghadiri jemputan ke majlis perkahwinan:

Menghormati tentatif majlis

Seperti majlis-majlis lain, majlis perkahwinan juga mempunyai tentatifnya sendiri. Tentatif ini adalah penting bagi tuan rumah dalam memastikan kelancaran majlis mereka. Kebiasaannya tetamu memahami perjalanan majlis. Namun ada sesetengah dari mereka yang tanpa sedar telah mengganggu perjalanan majlis apabila mereka telah mengajak pengantin untuk bergambar di atas pelamin semasa sesi makan beradab sedang berlangsung. Hal ini bukan sahaja telah menganggu majlis namun secara tidak langsung, mereka juga telah mengganggu pengantin untuk menikmati makanan mereka.

Menghargai usaha tuan rumah

Untuk mengendalikan majlis bukanlah perkara yang mudah. Banyak usaha, masa, duit dan tenaga telah diberikan bagi menjayakan majlis mereka. Segala persiapan dilakukan pasti mempunyai nilai mereka yang tersendiri. Oleh itu, hadirlah ke majlis mereka dengan memberikan senyuman, ucapan tahniah dan kata-kata pujian yang dapat menambah kebahagiaan kepada segala penat lelah mereka.

Tidak mengganggu moment kedua mempelai

Jika tuan rumah ada mengupah photographer/videographer khas untuk majlis mereka, berikanlah kerjasama dan ruang kepada mereka untuk melakukan kerja mereka. Hal ini kerana, setiap moment yang berlaku pada majlis tersebut adalah sangat penting kepada keluarga tuan rumah kerana hanya itulah yang menjadi tatapan mereka selepas majlis berakhir.

Selepas dari perkongsian pendapat ini,  Admin berharap post ini dapat membantu anda untuk membantu menjayakan kelancaran majlis rakan-rakan dan sanak-saudara anda selepas ini. Kerjasama yang diberikan pasti akan dihargai oleh tuan rumah dan memberi waktu yang sangat bermakna kepada mereka.

Jangan lupa Follow Facebook : smartshoot.my untuk dapatkan lebih banyak tips majlis perkahwinan serta pakej-pakej perkahwinan dengan harga berbaloi-baloi!

#ssphotom #photographer #videographer #wedding #music #majlisperkahwinan #nikah #sanding #tandang #engagement #prewedding #postwedding #weddingphotographermurah #jurugambarperkahwinanmurah #kualalumpur #selangor #melaka #muar #seremban

Comments